SELAMAT DATANG KE BLOG DST DAN BAHASA

Wednesday, April 24, 2013

RPH - BAHASA MALAYSIA TAHUN 1


RPH - BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Tema
Kekeluargaan
Tajuk
Kami Sayang Datuk Nenek
Fokus Utama
Standard Kandungan
2.2        Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada 
              pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
Standard Pembelajaran
2.2.3     Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai
              bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan
Standard Kandungan
3.2        Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi 
              dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran
3.2.6     Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.
Objektif
Pada akhir pengajaran, murd dapat :
1.  membaca ayat tentang datuk dan nenek dengan sebutan yang betul.
2.  menulis ayat tunggal tentang datuk dan nenek dengan betul dan tulisan yang
      kemas.
Pengisian Kurikulum
Ilmu    :  Pendidikan Moral
Nilai    :  Kasih sayang
KBT – BCB – kemahiran mendengar
Sistem Bahasa
Tatabahasa :  Kata Nama Am
Media
Lembaran kerja, kad frasa

Aktiviti
Pengisian Kurikulum
Catatan
Langkah 1

1.     Guru mempamerkan kad-kad frasa dan
         membacakannya.

2.     Murid membaca frasa-frasa dengan bimbingan guru
         dan memahami maksud yang dipamerkan dengan
         sebutan yang jelas.

3.     Murid diminta menyatakan aktiviti yang terdapat  
         dalam gambar.





Lampiran 1
Kad frasa

Lampiran 2
Kad ayat
Langkah 2

1.     Guru mengedarkan lampiran petikan kepada setiap
         murid.

2.     Guru membimbing murid membaca petikan yang
         diberi guru dengan sebutan yang betul dan intonasi
         yang sesuai.

3.     Murid petikan dengan sebutan yang betul secara
         individu, kumpulan atau kelas.

4.     Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan.




Lampiran 3
Petikan
Aktiviti
Pengisian Kurikulum
Catatan
Langkah 3

1.     Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid
         menyalin ayat dengan tulisan yang kemas.
        
2.     Murid menyalin ayat tunggal dengan tulisan yang
         kemas.






Lembaran kerja 1
Buku latihan garis tiga
Pentaksiran

1.     Murid membaca lima ayat tunggal dengan sebutan
         yang betul dan intonasi yang sesuai.

2.     Murid menyalin ayat tunggal dengan betul dan tulisan
         yang kemas.






Lampiran 3
Kad ayat

Lembaran kerja 2
Pemulihan

1.     Guru membimbing murid membaca ayat tunggal
         dengan sebutan yang betul.

2.     Murid menyalin semula ayat dengan betul dan tulisan
         yang kemas.



Lembaran kerja 1
Pengayaan

1.     Murid mengisi  tempat kosong dengan frasa yang
         sesuai.

2.     Murid membaca ayat dengan sebutan yang betul.




Lembaran kerja 3



Lampiran 1
Kad Frasa

datuk saya

nenek saya

sayang akan datuk

sayang akan nenek

sangat baik


Lampiran 2
Kad Ayat

Saya sayang akan datuk.

Saya sayang akan nenek.

Datuk saya tinggal di kampung.

Nenek sayang akan saya.

Datuk saya ada kebun sayur


Lampiran 3
Baca dan fahami petikan.
Huda ada datuk.
Huda ada nenek.
Nama datuk Huda, Pak Kasim.
Nama nenek Huda, Mak Kalsom.
Datuk dan nenek Huda tinggal di kampung.
Datuk Huda ada kebun sayur.



Lembaran Kerja 1
Pemulihan


Baca dan salin ayat di bawah dengan betul dan kemas.

 Saya   sayang   akan   datuk.




 Saya   sayang   akan   nenek.




 Datuk  tinggal   di kampung.




Lembaran Kerja 2
Pentaksiran

Baca dan salin ayat di bawah dengan betul dan kemas.
                                                                           
   Huda   ada   datuk.



  Nama nenek Huda 
   Mak Kalsom. 




     Huda sayang akan datuk.



Lembaran Kerja 3
Pengayaan

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

kampung
datuk
nenek
rajin
kebun sayur


1.     Huda ada datuk dan ____________________ .

2.     Nama ____________________ Huda, Pak Kasim.

3.     Datuk dan nenek Huda tinggal di ____________________ .

4.     Datuk Huda ada ____________________ .

5.     Datuk dan nenek Huda sangat ______________________ . .





No comments:

Post a Comment